Ray[s]ville

Saturday, February 26, 2005

Penemuan baru ku...

Akhirnya... Sejak belakangan ini hasrat untuk mencipta blog untuk diri sendiri semakin meluap. Tak sangka akhirnya sesuatu yang pada mulanya hanya perasaan ingin tahu, berubah menjadi realiti dengan hanya beberapa klik pada tetikus komputer. Ya, penemuan hobi baru ku ini akan membantu mengasah bakat seni menghasil karya sastera dengan ketukan jari pada papan kekunci. Sesungguhnya, seni ini bukan sahaja menguji daya ciptaan kita untuk menghasilkan karya yang baik tapi juga ketangkasan jari untuk mengetuk papan kekunci. Arrghh... ku mengeluh, kemahiran ku ini hanya efektif dengan dua jari sahaja. Tidak apa, saya akan mula latihan secepat mungkin....