Saatnya telah tiba..... :-)
Setelah lebih kurang 4 bulan menyepikan diri... kini saat yang dinanti-nantikan....."ta daa" (diiringi dengan bunyi paluan gendang dan diakhiri dengan bunyi percikan mercun dan bunga api :p) ............ "POSTING TERBARU DI RAY[S]VILLE" Ha ha ha ha
Pada suhu 20'C dan dalam keadaan sunyi sepi, saya sedang menaip posting ini di dalam ofis. Ku mengeluh sebab kelajuan internet di sini tidak selaju ofis di KL. Sempat ku menguap depan komputer semasa menaip. "Tai..." ku mengeluh lagi. Pagi tadi ku terjaga dari tidur lebih awal dari biasa. Perbualan ibu bapa yang bersiap sedia untuk menghantar adikku ke sekolah membuat ku tersedar dari tidur. Mahu tak mahu, saya kena juga bangun seawal pukul 6 pagi.
Walaupun, saya mempunyai cuti selama tiga hari sebelum ku mula bekerja pada 1hb Julai, ku tetap ke ofis. Kemungkinan kerana ku tak tau ke mana harus ku pergi untuk menghabiskan masa cuti ku ini. Perasaan tidak rela untuk membayar RM 1.80 bagi senaskah surat khabar The Star memaksa diriku merintis alternatif lain - The Star: Online. Sarapan pagi tadi pun berbeza berbanding masa-masa yang dahulu. Menu kebiasaan teh tarik dan nasi lemak, kini digantikan dengan 'kolo mi' dan 'teh peng.'
Belum genap 48 jam saya di kuching, sudah jelas perubahan dalam kitaran hidupku mula mengambil tempat. Perubahan yang mungkin akan mengambil masa untuk saya membiasakan diri. Pada saat beginilah saya akan teringat saat-saat saya berada di ofis KL. Saat-saat yang akan ku hargai dan simpan di hati untuk selamanya. :-)
Suasana sunyi sepi dalam ofis sungguh ketara. "tik...tik...tik...tik..." bunyi tiap detik saat jelas kedengaran dari jam dinding yang tergantung di sebelah kiri meja saya. Ku sedar, tiap saat yang berlalu tidak dapat dikembalikan. Tiap saat yang berlalu tidak dapat kita kita simpan dan untuk digunakan kemudian. Oleh itu tiap saat yang telah berlalu harus kita pergunakan dengan baik dan simpan sebagai kenangan dan pengajaran dalam hidup.
Sekarang, tiba saatnya untuk sesuatu yang baru pada waktu ku di sini sekarang. Saat untuk menemui identitiku di tempat ini, saat untuk memupuk persahabatan yang baru dan saat untuk merintis kemungkinan [ moto baru TM :-) ]
Sekarang telah tiba saatnya................................
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home